Laporan PwC Beri Pemegang Lesen UFX Ulasan Positif

 

PricewaterhouseCoopers, dikenali sebagai PwC, merupakan antara firma perakaunan terbesar dan paling dihormati di dunia. Ia sering dirujuk sebagai salah satu “4 Gergasi”, yang termasuk syarikat teratas Deloitte, Ernst and Young, dan KPMG.

Baru-baru ini PwC dijemput oleh Reliantco Investments Limited, pemegang lesen pengawalseliaan untuk jenama UFX.com, untuk mengkaji proses platform broker peneraju industri ini.

PwC mengaudit kaedah platform ini serta melakukan analisis menyeluruh berkaitan amalannya. Firma itu memberikan Reliantco penilaian yang sangat positif dan teratas, dan turut mengulas, “Selaras dengan komitmen Reliantco untuk menyediakan kepada pelanggannya persekitaran perdagangan yang telus yang mematuhi piawaian kualiti tertinggi, “Kawalan dalaman ke atas Kitaran Dagangan Pelanggan” telah diperiksa oleh PricewaterhouseCoopers Limited (PwC) selaras dengan Piawaian Antarabangsa mengenai Pengesahan Jaminan (ISAE) 3402.”

Dennis de Jong, Pengarah Urusan UFK memberitahu, “Kami amat teruja dan berbesar hati menerima penilaian positif ini untuk Reliantco daripada firma yang berprestij, terkemuka seperti PwC. Pengiktirafan PwC meningkatkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan pembangunan teknologi canggih yang berterusan, sambil kekal telus dengan pelanggan kami.”

UFX adalah broker Forex dikawal selia sepenuhnya yang dikendalikan oleh Reliantco Investments Limited, menggunakan teknologi ParagonEx untuk menyediakan kepada pelanggan alat dagangan yang terbaik, sumber pendidikan, pemberitahuan masa nyata, dan banyak lagi.