Cara mendeposit dengan Pindahan Bank:

  1. Log masuk ke akaun dagangan UFX anda.

    Gunakan e-mel atau nama pengguna yang anda daftarkan dengan dan kata kunci 6-20 aksara anda untuk log masuk di sini.

    Jika anda masih perlu mendaftarkan akaun, anda boleh membukanya di sini.

  2. Apabila dalam Platform Dagangan, tekan butang hijau TAMBAH DANA yang terletak pada sisi sebelah kanan atas skrin:
  3. Pilih pilihan Pindahan Bank Tempatan daripada senarai di atas sebelah kiri skrin dan:
    1. Masukkan Amaun untuk Deposit
    2. Masukkan Bandar anda
    3. Pilih Negara anda dari menu juntai bawah
    4. Pilih Bahasa anda dari menu juntai bawah
  4. Tekan butang DEPOSIT hijau pada bawah kanan skrin untuk melengkapkan transaksi.
  5. Anda akan melihat laman dengan butiran bank tempatan UFX, kebanyakannya tetapi bukan semua yang anda perlu untuk memproses bayaran melalui bank anda.

Anda juga akan melihat nombor rujukan bayaran unik. Mana-mana cara yang anda pilih untuk memproses pindahan bank (sendiri, online atau menerusi telefon) adalah amat penting untuk menggunakan nombor rujukan ini. Ini memastikan yang pindahan itu mudah dikenali sebagai bayaran anda, memperkemas proses menyediakan dana dalam akaun perdagangan anda. Setelah diterima, baki anda akan dikemaskini dan anda akan boleh menggunakan dana itu atas platform perdagangan.

Sekiranya lebih daripada 10 hari berlalu setelah anda melakukan Pindahan Bank dan dana masih belum terlihat dalam akaun dagangan anda, sila hubungi bank anda dahulu untuk memastikan bayaran telah diproses dengan betul. Sekiranya semuanya telah betul pada pihak bank, sila hubungi kami untuk menyiasat perkara itu selanjutnya. Sokongan pelanggan UFX tersedia melalui telefon atau Bual Langsung 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Danakan Akaun Anda