Keluarkan Dana Anda

Pengeluaran dana dengan UFX adalah mudah. Untuk memastikan pengalaman perdagangan paling selamat, semua klien perlu melengkapkan langkah berikut sebelum dana boleh dikeluarkan. Sila ambil perhatian, amaun minimum untuk pengeluaran ialah USD 25. Dana akan dikeluarkan melalui kaedah mengikut bayaran asal diserahkan. Sebarang dana yang melebihi amaun deposit awal akan dipindahkan melalui kawat bank.

*Sila ambil perhatian, bayaran hanya boleh dikeluarkan dengan nama pemegang akaun.

Kaedah Pengeluaran:

Kad Kredit

  1. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mengakses akaun anda.
  2. Klik pada “Keluarkan Dana” di bawah Menu Peribadi di bahagian atas kanan.
  1. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan dan pilih “Kad Kredit” daripadamenu juntai bawai “Kaedah Pengeluaran”.

  2. Klik “Sahkan”
  3. Serahkan dokumen yang disenaraikan di bawah dengan:
  • Hantarkan e-mel permintaan anda ke compliance.department@ufx.com
  • Memuat naik dokumen anda melalui platform dengan mengklik pada “Muat naik dokumen” dalam Menu Peribadi anda

ID foto yang sah

Dokumen ini boleh merupakan pasport, lesen memandu atau ID kebangsaan.

Bukti alamat

Bil utiliti yang dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan lalu yang memaparkan dengan jelas nama dan alamat kediaman anda seperti yang didaftarkan pada akaun anda.

Salinan SEMUA Kad Kredit yang digunakan untuk membuat deposit anda

Termasuk salinan depan dan belakang setiap kad yang digunakan untuk membuat deposit dengan nama anda dapat dilihat dengan jelas.

*Hanya 4 digit terakhir nombor Kad Kredit, nama penuh dan tarikh tamat tempoh anda mesti dapat dilihat.
**Anda boleh menutup 3 hingga 4 digit kod CVV di belakang kad anda.
  1. Maklumkan Perunding Perdagangan Peribadi anda melalui e-mel bahawa anda telah melengkapkan permintaan pengeluaran.

Nota: Amaun maksimum yang boleh dipindahkan melalui Kad Kredit sama dengan jumlah deposit yang dibuat pada semua kad. Sebarang amaun yang melebihi amaun jumlah deposit yang dibuat melalui Kad Kredit akan dipindahkan ke akaun bank anda. Sila tunggu sehingga 10 hari bekerja bagi urus niaga ini*.

*Bank anda boleh menggunakan pelbagai institusi kewangan perantara yang boleh memberi kesan kepada jangka masa di mana dana untuk pengeluaran akan tersedia dalam akaun anda.

eDompet

  1. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mengakses akaun anda.
  2. Klik pada “Keluarkan Dana” di bawah Menu Peribadi di bahagian atas kanan.
  3. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan dan pilih “Lain-lain” daripadamenu juntai bawai “Kaedah Pengeluaran”.

  4. Klik “Sahkan”
  5. Serahkan dokumen yang disenaraikan di bawah dengan:
  • Hantarkan e-mel permintaan anda ke compliance.department@ufx.com
  • Memuat naik dokumen anda melalui platform dengan mengklik pada “Muat naik dokumen” dalam Menu Peribadi anda

ID foto yang sah

Dokumen ini boleh merupakan pasport, lesen memandu atau ID kebangsaan.

Bukti alamat

Bil utiliti yang dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan lalu yang memaparkan dengan jelas nama dan alamat kediaman anda seperti yang didaftarkan pada akaun anda.

  1. Maklumkan Perunding Perdagangan Peribadi anda melalui e-mel bahawa anda telah melengkapkan permintaan pengeluaran.

Nota: Dana untuk pengeluaran hanya boleh didepositkan ke dalam akaun eDompet peribadi di mana deposit awal anda dibuat sebelum ini*. Masa pemprosesan antarabangsa mungkin berbeza, bergantung pada eDompet yang digunakan untuk membuat deposit awal. Sebaik sahaja permintaan pengeluaran anda diproses dan dana anda dihantar, sila tunggu sehingga 5 hari perniagaan untuk dana tiba dalam akaun anda.

*Permintaan pengeluaran untuk akan yang didanakan melalui CashU akan dihantar melalui Kawat Bank.

Kawat Bank

Adobe Reader mesti dipasang pada komputer anda.

  1. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk mengakses akaun anda
  2. Klik pada “Keluarkan Dana” di bawah Menu Peribadi di bahagian atas kanan
  3. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan dan pilih “Pindahan Bank” daripada menu juntai bawah “Kaedah Pengeluaran”
  4. Klik “Sahkan”
  5. Muat turun Borang Butiran Bank ke komputer anda
  6. Ikut arahan yang diperincikan dalam borang dan isikan butiran anda
  7. Serahkan Butiran Bank anda menggunakan e-mel ke compliance.department@ufx.com

Dokumen Diperlukan:

ID foto yang sah

Dokumen ini boleh merupakan pasport, lesen memandu atau ID kebangsaan.

Bukti alamat

Bil utiliti yang dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan lalu yang memaparkan dengan jelas nama dan alamat kediaman anda seperti yang didaftarkan pada akaun anda.

8. Maklumkan Perunding Perdagangan Peribadi anda melalui e-mel bahawa anda telah menyerahkan permintaan pengeluaran

Nota: Permintaan anda akan dinilaikan dan dana pengeluaran anda sepatutnya didepositkan ke dalam akaun di mana deposit anda dibuat sebelum ini dalam masa 5 hari perniagaan.