Nike (NKE)

Sejarah Syarikat

Nike merupakan pengeluar terbesar bagi pakaian dan kasut atlet. Jenama Nike pantas mendapat tempat di seluruh dunia, terutama sekali, logo Swoosh dan slogan “Just Do It”. Syarikat diasaskan di Oregon pada tahun 1964 sebagai Blue Ribbon Sports; nama tersebut kemudiannya, ditukar kepada Nike pada tahun 1971. Syarikat menjadi awam pada bulan Disember 1980. Pada tahun 1984, pemain bola keranjang Michael Jordan telah menandatangani kontrak endorsemen dan Nike mengeluarkan model pertama kasut atlet Air Jordan. NBA mengharamkan kasut tersebut, dan Air Jordan mempercepatkan kenaikan Nike untuk berjaya. Pada hari ini, Nike menghasilkan pelbagai jenis produk, termasuk kasut untuk berlari, tenis, golf dan papan selaju dan pakaian untuk berlari. Nike juga memiliki Hurley International dan Converse, mengoperasikan kedai peruncitan Niketown dan menaja ramai atlet dan pasukan sukan terkenal untuk mendapatkan pengiktirafan jenama.

Memperdagangkan Nike: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Laporan pendapatan tahunan dan suku tahunan Nike memberikan pandangan yang sangat baik mengenai prestasi masa hadapan syarikat dan masa yang sesuai untuk membeli dan menjual.
  • Pemasaran, pengiklanan dan endorsemen memainkan peranan penting dalam kejayaan Nike. Nike mendapatkan sokongan atlet hebat untuk menggunakan produk mereka dan untuk mengiklankan jenama mereka. Rundingan endorsemen yang betul pada masa yang betul boleh secara langsung memberi kesan kepada harga, oleh itu, pedagang perlu terus mengikuti perkembangan terkini mengenai berita dari syarikat tersebut.
  • Acara sukan dunia seperti FIFA World Cup dan Olympics memberikan peluang yang besar kepada Nike untuk mempromosikan jenama dan produknya dan mendapat manfaat daripada endorsemen dan pengiklanan. Pedagang perlu melihat pergerakan harga sewaktu sebarang acara sukan dunia utama.
  • Barisan produk baru dan inovasi Nike memainkan peranan dalam memacu penjualan. Keluaran produk yang dijangka yang menunjukkan prestasi lebih daripada yang dijangka akan berkemungkinan membuatkan harga lebih tinggi, manakala, penjualan yang mengecewakan boleh mempunyai kesan bertentangan.
  • Prestasi pesaing utama Nike (seperti Adidas) juga akan memberi kesan kepada harga saham Nike. Jika penjualan pesaing meningkat atau jatuh juga, ia boleh memberi isyarat perubahan dalam permintaan pelanggan.

Sesiapa yang ingin berdagang saham Nike perlu dengan teliti mengkaji syarikat dan melakukan analisis sebelum berdagang.

Berdagang Nike